top of page

Kerjasama MOU antara Uniti Brick dan Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia (KOPUTRA)

19 September 2020 (Sabtu), Hotel Tanera Bandar Baru Bangi Selangor, telah berlangsung suatu sejarah membabitkan perjanjian persefahaman (MOU) di antara Uniti Brick Sdn Bhd dan Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) sempena Mesyuarat Agung Tahunan KOPUTRA ke-34 yang berlangsung seawal jam 9.30 pagi di hadapan perwakilan-perwaklian ahli koputra di sini. Majlis ini juga dihadiri dan dirasmikan oleh Pengerusi ANGKASA, Dato' Haji Abdul Fattah Bin Haji Abdullah.


Uniti Brick diwakili oleh Pengarah Syarikatnya iaitu Encik Azizul Bin Mohd Isa, manakala KOPUTRA diwakili oleh Pengerusinya Tn. Haji Zaharuddin Bin Alias.


Uniti Brick merupakan Kontraktor dan Pemaju berasaskan Interlocking Brick yang menyediakan perkhidmatan pembinaan kediaman lengkap termasuk proses submission sehingga mendapatkan sijil penyiapan dan pematuhan (CCC).

Encik Azizul Mohd Isa (4 dari kanan) di atas pentas selepas tandatangan persefahamaan

Antara kandungan perjanjian persefahaman tersebut adalah kerjasama di antara Uniti Brick sebagai pembina rumah dan KOPUTRA sebagai funder kepada Ahli Koputra yang berdaftar. Ini akan memberikan kemudahan dan kelebihan kepada ahli-ahli di bawah KOPUTRA yang mempunyai tanah sendiri untuk dibangunkan. Persefahaman ini bakal dimanfaatkan oleh keahlian KOPUTRA yang kini mencecah sebanyak 5,295 (laman rasmi)


Dengan termeterainya persahaman ini diharapkan konsep pembinaan interlocking brick (LEGO) di atas tanah sendiri menjadi titik permulaan pada sesuatu yang lebih besar.

27 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page